ANAK SOLEH KU...SYAIFUL HAZIQ @ ANGAH KESAYANGAN IBU.....



Anak soleh ibu dan abah...Angah yang celebrate birthdaynya yang ke-17 tahun...sanah helwah angah....Angah anak  ibu yang cerdik, paling kuat dan tabah. Penuh bakat dan kreativiti dalam apa jua perkara..Tak sedar angah dah membesar begitu cepat..Tetapi berapapun usiamu sekarang wahai anakku...dirimu tetap akan menjadi putera kecilku selamanya...Semoga angah menjadi anak yang soleh buat ibu dan abah, selalu berbakti pada orang tua, serta berjaya mencapai cita-cita yang angah inginkan...Kat bawah ni antara-gambar-gambar angah yang ibu akan simpan sebagai tanda ingatan... 






Anak soleh Ibu dan Abah...Syaiful Haziq..๐Ÿ˜˜





Sanah Helwah Angah yang ke-17...๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜






Sambut besday bersama anak menakan sekali...
Hepi besday to us...hehe 




Hobi angah tak kira masa...sebagai pencinta haiwan ni..
mesti akan ade masa layan anak-anak bulus ni..nak jadi Abu Hurairah RA. katenya...hihihi..



Di sinilah anakanda tersayang memulakan langkahnya dalam mencari ilmu
dunia dan akhirat..Insya allah,Ibu akan teguh berada di sisi dan memberikan sokongan
yang tidak berbelah bahagi untuk anak ibu...๐Ÿ˜Š




Watikah perlantikan angah sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah
(SAIM) sesi 2022/2023...Tahniah ibu ucapkan dan semoga Allah sentiasa mengiringi
 setiap langkah mu dalam menimba ilmuNya...Aaminnn Ya Rabb... 



Time ni angah jadi peserta Syarahan Bahasa Inggeris...dan telah mendapat
tempat ketiga sempena Majlis Ihtifal Ilmi (MIISMAM)peringkat Negeri Perlis 
di JAIPs..Tahniah dan syabas ibu ucapakan untuk anakanda tersayang...semoga
menjadi insan yang kamil,soleh dan cemerlang dunia dan akhirat..












 

Angah dalam Slot Hafazannya untuk subjek Manahij & Adab Wal Balaghah


Update : 5/11/23 : Anak soleh ibu yang bole buat multitasking...haha...biasanya bab kicen-kicen ni ibu post kat page "MAIN MASAK-MASAK" tapi sebabkan minatnya yang amat ketara 
dengan alat-alat dapur ibunya...ibu post kat sini jelah..hihih...special sebab ada gambar angah as Bakers..ececece  macam dah rupe nak masuk channel masakan pulak๐Ÿ˜ Ibu abah always dapat request belikan bahan-bahan masak dari angah...ibu abah layankan aje lah..tak kisah pun malah seronok tengok minat anak-anak yang pelbagai jenis dan ada ragam masing-masing...




Update 5/11/23 : Majlis Jamuan Kelas 5 As-Suyuti...special sikit hari jamuan ni sebab Angah bawa buah tangan untuk guru dan rakan sekelasnya..Brownies made by Angah sendiri..๐Ÿ˜
(gambar bawah : 1 dari kiri)  hehehe... agak-agak hampa la kan angah debar-debar tak hati tu bile nak jamu kat kawan-kawan die...hihihi๐Ÿ˜ 




Update 7/12/23 : Hari paling bersejarah buat Anakanda kami sekeluarga..๐Ÿ˜
Hari Sentuhan Mahabbah di SAIM...Time ni perjumpaan semua parents bersama muallim dan
muallimah untuk ambil result TRIAL SPM nya...dan Anakanda kami di jemput mewakili pelajar untuk memberi sepatah dua kata sebelum menghadapi pecutan akhir perjuangannya bagi sesi SPM 2023/2024 yang bakal menjelang tidak lama lagi pada Januari 2024 ini...Ibu dan Abah sentiasa mendoakan kejayaanmu wahai Anakanda tersayang...semoga dikau beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat...Insya Allah...




  Update 9/12/23 : Video 1

Anakanda tersayang di jemput untuk mewakili pelajar memberi ucapan penghargaan dan memberi kata-kata semangat kepada rakan-rakan seperjuangannya untuk menghadapi pecutan akhir dalm FINAL SPM yang bakal menjelang tahun depan pada Januari 2024




 

Comments

CERITA KAMI

EDISI KHAS : ENROLLMENT ALONG KE UITM - CAMPUS TAPAH,PERAK

EDISI KHAS : ENROLLMENT LAILI IZZATI DI SMK AGAMA ( P) ALAWIYAH SESI 2024/2025 - 1 UMI KHALTUM

MEMORI BERSAMA KELUARGA MERTUAKU....(BELAH PERLIS)

Perkahwinan Kami Adik Beradik

Kenangan Bersama Adik-adik Ku . . .

TEMASYA SUKAN PASTI CAWANGAN KANGAR 2017

EDISI KHAS - PROGRAM AKHIR TAHUN & MAJLIS APRESIASI LAILI SEKOLAH SRI 1

GAMBAR- GAMBAR KENANGAN ANAKKU LAILI IZZATI ( NEW UPDATED)