MENERAJUI 2023











KISAH MALAIKAT HAMALAT AL-ARSY : MALAIKAT TERTINGGI YANG LEBIH BESAR DARI JIBRIL

Ia merupakan tujuan akhir dari perjalanan isra' Mi'raj oleh Rasullulah S.A.W . Baginda dapat melihat rupa sebenar jibril di sini adalah kerana aia tersangat luas.
Ketika sampai di Sidratul Muntaha, jibril pun menunjukkan dirinya yang sebenar, beserta dengan sayapnya yang sangat banyak. Ketika melihat malaikat jibril membuka kesemua 600 sayapnya , Rasullulah S.A.W lantas berkata :

" Ma A'zama Kholkuka ya Jibril " yang bermaksud " Aku kagum dengan ciptaanmu wahai jibril.
Mendengar kata2 baginda , Jibril menjawab "La Takulu Haza Muhammad " bermaksud Jangan kata bergitu wahai Muhammad . Rasullulah S.A.W kemudiannya bertanya mengapa & Jibril menjawab " Ada makluk yang lebih hebat daripada aku "

Dan apa yang dimaksudkan oleh Jibril, yang lebih hebat daripada dirinya adalah Malaikat yang di tugaskan untuk meniup sangkala iaitu Malaikat Israfil.

Lantas Jibril menceritakan bahawa Israfil adalah sama sepertinya memiliki sayap tetapi lebih banyak iaitu 600 sayap kanan dan 600 sayap kiri.

Jibril berkata bahawa jika dia membuka 1 sayap kanan dan 1 sayap kiri mampu menutup alam semesta , namun jika membuka kesemua 600 sayapnya , Jibril masih boleh berteduh di bawah 1 sayap Malaikat Israfil.

Mendengar keangungan Allah s.w.t ini, Rasullulah S.A.W pun berkata " Ak kagum dengan ciptaan Malaikat Israfil " Dan sekali lagi Malaikat Jibril berkata "jangan berkata begitu, kerana ada yang lebih hebat daripada Malaikat Israfil.

Siapa yang lebih dasyat daripada kedua-dua Malaikat hebat Allah s.w.t  ini?

Hal ini diterangkan dalam ayat Al-Haqqah ayat 17:

Maksud : sedang Malaikat-Malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya , dan Arasy tuhanmu pada saat itu di pikul oleh 8 Malaikat di atas Malaikat-Malaikat yang mengawal itu.

Nama malaikat-malaikat ini adalah malaikat Hamalat Al- Arsy yang mana di tugaskan untuk memikul Arasy , makhluk ciptaan Allah s.w.t yang terbesar.

Jadi, betapa hebatnya malaikat Hamalat Al-Arsy ini?

Lantas Jibril berkata " Jika aku membuka kesemua 600 sayapku, aku masih boleh berteduh di bawah 1 sayap Israfil dan Israfil pula jika membuka kesemua 1,200 sayapnya, dia masih boleh berteduh di bawah 1 sayap malaikat Hamalat Al- Arsy.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dowud dari Jabir bin Abdillah ,Rasullulah S.A.W bersabda 

Maksud: "Aku telah diizikan untuk menceritakan tentang malaikat dai malaikatnya Allah yang memikul Arsy, sunggu jarak antara telinga & bahunya adalah sepanjang perjalanan 700 tahun ."

Dan dikatakan pula dalam hadis bahawa malaikat Hamalat Al-Arsy ini memiliki 1200 sayap kanan & 1200 sayap kiri , di mana 1 sayapnya setara dengan 1200 sayap Malaikat Israfil.

Terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa Hamalat Al- Arsy adalah malaikat yang tertinggi & terhebat kerana apa yang di pikul mereka di atas kepala Arsy , makluk Allah s.w.t paling besar.
Disepakat oleh para ulamak bahawa makluk terbesar & tertinggi yang diciptakan oleh Allah s.w.t ada ARASY.   

Jika arasy ciptaan Allah s.w.t ini perlu di pikul oleh 8 Malaikat Hamalat Al-Arsy yang tidak terbayang besarnya maka kita tidak mampu memikirkan dengan akal fikiran cetek kita betapa besarnya Arsy Allah. Dan di Arasy inilah rupakan temapat Allah s.w.t bersemayam seperti dalam surah yunus ayat 3 :

Maksud: Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam 6 masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan . Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafat melainkan sesudah diizinkannya (yang bersifat demikian) itula Allah,
Tuhan (yang memelhara & mentadbirkan keadaan) kamu maka tunduklah & taatlah kamu kepada perintahnya, patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatinya ?
Dengan kebesraan Allah s.w.t mencipta makhluknya, kita seharusnya sedar bahawa betapa kerdilnya didunia ini sebagai hamba . . . . 














Comments

CERITA KAMI

Kenangan Laili Izzati 3 & 4 Tahun - Pasti Al - Islah 2