Hari ini kita akan berbincang mengenai sejarah keturunan Bani Isreal. Benarkah kenyataan mereka yang mendakwa bahawa tanah Palestin ini adalah tanah mereka yang asal. Mari kita bincang sedikit asal usul keturunan mereka ini. Kita mulakan dengan kisah hijrahnya Nabi Ibrahim a.s ke Hebron (Khalili) setelah peristiwa pembakaran baginda di Iraq. Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya. Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang). Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda b...
Comments
Post a Comment