Posts

Showing posts from 2010

Percutian Zoo Negara dan Bukit Merah Lake Town

Image
Semasa di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak. Di Zoo Negara Kuala Lumpur. We are siblings Haziq dan Along Percutian yang sangat menyeronokkan Along dan Haziq di Bukit Merah Lake Town dan Zoo Negara Kuala Lumpur.Masa untuk enjoy dengan anak2...

Kenangan Taski Siti Khadijah

Image
Celebrate Birthday Along  Bersama kawan2 ketika hari terakhir Along di Taski Siti Khadijah. Along bersama kawan-kawan di Taski Siti Khadijah menyambut Hari Lahir Along yang Ke -6 tahun.

Adik-adik Lelaki yang Tersayang.....

Image
Update/Edit : 10/11/23 : Assalamualaikum w.b.t....kepada semua para pembaca sekalian... Ini gambar adik-adik lelaki kesayanganku . . . Nur Muhammad Tamjidullah b. Moktar, Noor Muhammad Amin b. Moktar dan Nur Muhammad Tahmiddullah b. Moktar. Masa ini mereka masih bersekolah dan Amin sekarang di UIA Kuantan . . . Dah besar pun mereka . . .dulu ku tatang dengan tangan ku . . .sangat lemah dan kecil . . .tidak akan ku lupakan . . .saat bahagia bersama adik-adikku . . .

Keluarga Bahagia . . .Ke Akhir Hayat...Hari Bahagia Kami

Image
Sungguh bahagia dan teruja aku dan kelurga pada hari konvokesyen UITM yang ke 72 . . . .ini kenangan gambar abah dan emak yang mendampingiku . . .sepanjang konvo . . Hurry . . . . .aku telah tamatkan pengajian selama 8 tahun . . .Alhamdulilah . . Kenangan time konvo di temani oleh arwah Abah dan Mak bersama,adik-adik tercinta...terima ksih Mak Abah dan keluargaku yang banyak memberi semangat untuk ku terus berjuang demi meraih segulung skrol...hehehe Family adikku Siti... sebenarnya nak letak gambar konvo tapi carik punya carik tak jumpe - jumpa jugak....hehe.. takpelah kalu ditakdirkan bertemu kembali gambar konvonya..nanti akan di up kat sini semula...Ok time ni adikku baru je tamat chambering dan ditemani husbandnya Nasrul A'mili.. dan tak dilupakan pada Mak dan Abah yang tetap setia di sisi dan selalu beri sokongan...juga buat permata hati kecil yang menjadi peneman mamanya dikala suka duka... Alhamdulillah... syukur atas segala nikmatNya... Ni pulak family adikku Nani adik bon

Cita-cita yang terpendam

Image
Library dan diriku adalah kawan rapat sejak dari bangku sekolah lagi.. menjadi Pengawas PSS adalah minatku dari kecil..sehinggalah daku memilih kerjaya sebagai seoramg PUSTAKAWAN/LIBRARIAN yang mana  tempatnya yang tenang dan sentiasa di temani  oleh wacana ilmu yang pelbagai...serta menjadi saksi perkembangan teknologi masa kini yang pesat membangun...ecewah..bermadah panjang tibe-tibe..😆Ok dalam gambar ni adalah kenangan bersama geng-geng  Pustakawan dr SMK ZON R1 ...hehehe Angin berderu-deru di wajah ku memandang jauh . . .dilangit bertapa aku ingin mengejar cita-cita ku . . .ini Aku . . .terkenangkan masa aku di bangku sekolah . . .aku mesti menjadi seorang cikgu aku . . mahu mencurahkan segala ilmu yang ku pelajari kepada anak bangsaku supaya mereka menjadi . . . pemimpin yang disegani dan dapat berbakti kepada tanah air bumi Malaysia . . Aku ingin menjadi cikgu tapi . . .impian itu hanyala angan-angan semata-mata aku . . . .terkandas tak kesampaian menjadi seorang cikgu . . .tap

Perkahwinan Kami Adik Beradik

Image
Update : November 2023  Assalamualaikum w.b.t....kat bawah ni kenangan gambar-gambar majlis pernikahan adik-adik kesayanganku... Berarak Awan berjajar jajaran .. menghias langit warna suasa.. budi disambut penuh kesyukuran.. Jadi ingatan sepanjang zaman. Cinta Bersatu Kasih Bersemi..... My Wedding 30 Disember 2001 Acara batal air wudhuk selepas akad nikah..Alhamdulillah dengan izinNya...hanya sekali lafaz ..diri ini telah menjadi isteri kepada Syaifulzamani bin Hj Ismail...Doaku..semoga hubungan ini akan berkekalan hingga ke JannahNya.Semoga ALLAH SWT melindungi setiap langkah perjalanan hidup kita bersama- sama..sentiasa memberikan kita hidayah @ taufik,kesihatan yang baik,keberkahan,rezeki yang sentiasa mencukupi,kebahagiaan,dan keredhannya pada keluarga kecil kita bersama anak-anak...Aminn Ya Rabb Hehehe..tampal sini buat kenangan kad kawin zaman tahun 2001..jangan mare...kikikik Nikah - 21/4/42007 Walimah - 10/2/2008 Wedding adik ku Siti Fatihah Hijrah Ad'aawiyah bersama cinta

Hati Seorang Wanita

Image
Gambar sekadar hiasan.. Sungguh indah dunia ini dilengkapi pemandangan yang luas terbentang . . . dilihat . . . .kicau kicauan burung di waktu senja . . . . nan saujana mata memandang . . hati ini . . terdetik . . . . satu panahan yang sangat pedih dan tragis memikirkan hari berganti hari . . . . Aku tiada kuasa . . . untuk diperkatakan . . hanya la . . .akur dengan kehendak ilahi . . . meniti hari dengan kepenatan . . . kepayahan . . . kesabaran . . . aku terima dengan jiwa dan raga . . . . Penguat semangat ku . . . sebagai seorang isteri . . . ibu . . . .dan anak Tidakla . . .aku menghitung hari bagi membesarkan anak - anak ku tat kala . . . mati hanyala semata-mata kerana dia . . .yang maha esa Aku tahu . . . aku hanya la seorang wanita tiada siapa yang lebih memahami hati . . ini . . .hanya . .dia yang satu . . . Allah aku . . .merenung jauh kehidupan ku . . . tersimpul perlbagai persoalan yang bermain di fikiran aku . . . terfikir anak sememangnya mampu berbuat apa saja tuk ibu da

Nukilan Puisi

Image
Emak, Sungguh hati ini amat berindui . . .mu hidup ini perlu diteruskan mengharungi ranjau berduri perit maun, suka dan duka . . . Emak, Alangkah indahnya . . . seandainya ada dirimu disisi ku . . .ketika ini aku amat rindu dengan suara mu sentuhanmu . . . Emak, Pedihnya hati ini . . bila dikau tiada disisiku tidak dapat ku luahkan isi hati ku seperti mana dulu . . Hidup diperantau . . .beginilah tiada masa untuk difikirkan . . tiada wang diperuntukkan . . tiada kasih boleh disatukan . . . tidak pernah sesekali dulu aku tinggalkan dirimu. . .mak bila saat aku membina mahligai indah . . . aku . . . terpisah Emak, aku tiada pilihan . . hanya akur dengan si dia . . . aku rindu saat-saat kita bersama dulu . . .mak Aku amat bahagia . . . sekarang ini ditemani . . .cahaya mata yang dianugerah oleh . . .Allah Emak, aku tidak pernah melupakan sesaat pesananmu . . . gelak tawamu ,marah , sedih . . . mak . . .mak . .. mak jasa dan baktimu . . . tetap ku kenang hingga akhir hayat Emak, aku amat-a

Puisi-puisi indah

Image
Puisi yang tengelam Aku kembali semula dialam fantasi yang telah lama aku tinggalkan kini aku kembali berkarya dialam yang penuh dengan ayat - ayat yang indah lagi tragis dan romatis Aku teruja dengan ayat-ayat yang ingin kuluahkan didalam puisi ku tiada yang terungkap hanya . . . luahan hati dan perasaan Sekian lama aku tidak berfantasi dengan ayat-ayat ku berkurun lamanya tenggelam dibawa arus masa yang sukar diramal Puisi yang indah akan kunukilkan dengan penuh kasih dan sayangku khabaran buat dunia bahawa Aku telah kembali Berpuisi . . .

SEJARAH ISLAM UNTUK RENUNGAN

Image
Hari ini kita akan berbincang mengenai sejarah keturunan Bani Isreal. Benarkah kenyataan mereka yang mendakwa bahawa tanah Palestin ini adalah tanah mereka yang asal. Mari kita bincang sedikit asal usul keturunan mereka ini. Kita mulakan dengan kisah hijrahnya Nabi Ibrahim a.s ke Hebron (Khalili) setelah peristiwa pembakaran baginda di Iraq. Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya. Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang). Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda b

SALAM UKHUWAH SEMUA

Image
Mafhumnya :  " Sesungguhnya Orang-orang Mukmin itu bersaudara.." (Al-Hujurat:10) SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA PEMBACA BLOGGER YANG DIKASIHI DAN DIHORMATI...HARAP KITA DAPAT BERKONGSI SESUATU DI SINI..